Skip to main content
HomeViral

Kawalan PDRM, ATM Tingkat Keyakinan Tahap Keselamatan

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 19 Jan — Rondaan kawalan keselamatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik, tarikan pelancong serta tumpuan pengunjung akan dipergiatkan bagi memberi keyakinan keselamatan kepada orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rondaan bersama itu akan dilaksanakan serta-merta untuk menghantar isyarat bahawa keadaan keselamatan di di negara ini berada dalam kawalan pihak berkuasa.

“Kehadiran rondaan bersama antara PDRM dan ATM boleh memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini Selasa.

Rondaan bersama PDRM dan ATM itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan di sini hari ini untuk membincangkan langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda