Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Kerohanian Di Malam Ambang Tahun Baru 2016

By 1 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hasni Jilani & Wan Muhamad Zikri (Kangar)

CHUPING, 31 Dis (Malaysiaaktif) — Kampung Banggol Sena di sini menyambut Tahun Baru 2016 dengan mengadakan program pengisian keagamaan bagi menyuburkan semangat cintakan ibadah di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai acara diadakan sempena Program Cinta Rasul, antaranya Pertandingan Hafazan Kategori Sekolah Rendah dan Menengah, Pertandingan Azan, Ceramah Agama serta Kuiz Agama.

Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Banggol Sena, Komuniti 1Malaysia Kg. Banggol Sena, Jawatankuasa Kariah Masjid Banggol Sena, Unit Peladang Banggol Sena, Kawasan Rukun Tetangga Banggol Sena, Perkumpulan Perempuan (WI) Banggol Sena dan Persatuan Belia MAYC Banggol Sena.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.

Program ini dikunjungi kira-kira 200 orang.

 

Tinggalkan komen anda