Skip to main content
HomeViral

Cuaca Terkawal, Sesi Persekolahan Seperti Biasa

By 17 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Sesi persekolahan akan bersambung semula seperti biasa minggu depan berikutan keadaan cuaca panas yang dialami negara kini masih berada di tahap terkawal.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.

“Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.

“Pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan mengawal selia penyediaan dan penjualan minuman di kantin bagi memastikan bekalan air mencukupi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini,Rabu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan didalam blog beliau www.najibrazak.com berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang kurang.

Ahmad Tajudin berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pemantauan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara menjadi serius.

“Cuaca panas ini boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia dansekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang,” katanya.

Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini, manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016.

 

-Bernama

Tinggalkan komen anda