Skip to main content
Home

Minggu Media Sosial Platform Perkongsian Maklumat

By 8 Mac 2016Mac 9th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde (Putrajaya)

CYBERJAYA, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Minggu Media Sosial Malaysia 2016 (MSMW 2016), muncul kembali sebagai platform berkongsi maklumat di kalangan anak muda selain mencungkil bakat terpendam. Acara tahunan yang dianjurkan Dewan Media Sosial ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pengasas dan Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Shahool Hameed Dawood dalam ucapannya menegaskan akan kepentingan media sosial dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang dibawa oleh media ini.

Dewan Media Sosial Malaysia yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab mendidik orang ramai tentang penggunaan media sosial, peluang-peluang yang terdapat dalam Internet dapat membantu rakyat Malaysia memanfaatkan media sosial secara efektif.

MSMW 2016 yang sedang berlangsung hingga 13 Mac ini di Universiti Lim Kok Wing di sini  bakal menemukan peserta dengan nama-nama besar industri bagi menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai media sosial.

Untuk penganjuran kali ini juga MSMW 2016 akan turut mengadakan pameran kerjaya untuk orang ramai yang sedang mengintai peluang-peluang pekerjaan khususnya dalam industri teknologi dan media sosial.

Penganjuran MSMW 2016 kali ini bertemakan 3E iaitu keterlibatan (Engage), mendidik (Educate) dan menghiburkan (Entertain).

Majlis pada hari ini turut dihadiri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda