Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Sg. Pengalat Kecil Teruja Lihat Gerhana

By 25 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Asmidar Zainol & Azman Jumat (Papar)

PAPAR, 25 Mac  (Malaysiaktif) –? Peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra tidak dilepaskan oleh lebih 50 penduduk kampung Sg. Pengalat Kecil, malam kelmarin.

Program anjuran Persatuan Sabah Stargazers ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mencerap gerhana menggunakan teleskop yang disediakan oleh persatuan terbabit.

Menurut pengendali Balai Cerap Sabah Stargazers, Harris Jeffrey, program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bersama-sama melihat gerhana tersebut.

“Kami berharap penganjuran ini dapat mendidik orang ramai terutamanya kanak-kanak berkenaan bidang astronomi di samping memberi pengalaman baharu kepada penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk kampung, Ariffin Saufi berkata program ini merupakan suatu sejarah kepada penduduk kampung terbabit.

“Penganjur memilih kampung kami untuk melihat gerhana memberi suatu pengalaman manis dalam kalangan penduduk kampung kerana secara langsung dapat menarik minat anak kampung mempelajari ilmu astronomi dan menyaksikan ciptaan tuhan,” jelasnya.

Penggemar astronomi istimewa, Mohd Hafiz Idrus, 20, kekurangan dirinya bukan satu penghalang untuk menyertai program ini. Pengetahuannya dalam bidang astronomi amat mengagumkan apabila Hafiz dapat menamakan beberapa buah planet dan sifat bulan.

“Pendedahan awal tentang astronomi dipelajari ketika di sekolah pendidikan khas lagi dan saya masih mengingati nama beberapa buah planet.

Hafiz berharap dirinya dapat diberi peluang untuk datang ke balai cerap bagi melihat objek cakerawala lain.

Ketika gerhana berlaku, 77.5% daripada permukaan Bulan telah melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

Gerhana Bulan Penumbra ini merupakan yang pertama pada tahun 2016, dan dijangka akan berlaku lagi September nanti.

Sabah Stargazers turut memaklumkan fenomena apogee atau jarak bulan lebih jauh iaitu 406,667 km dari Bumi bagi bulan Mac akan berlaku pada 25hb nanti.

Tinggalkan komen anda