Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan – Zahid

By 5 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Asmidr Zainol & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

 KOTA KINABALU, 5 Mac (Malaysiaktif) –? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa Sabah adalah negeri merdeka, tiada kompromi terutama dalam aspek yang menyentuh soal keselamatan Negeri Sabah, ketika berucap merasmikan Seminar keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2016 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pagi tadi.

Katanya, “keseragaman bukan sahaja pada uniform, tetapi pemikiran dan tindakan mempertahankan keselamatan Sabah, kita tidak mahu Sabah dituntut oleh mana-mana kumpulan atau negara kerana Sabah adalah negeri merdeka dalam Malaysia.

“malah kita tidak ingin seinci dari tanah Sabah ini dituntut atau di ceroboh oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam atau luar negara,” Ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa soal keselamatan Sabah bukan sahaja terletak pada pasukan keselamatan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat sabah untuk terus mempertahankan agar tidak diganggu gugat oleh pihak yang cuba mencerobohnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru melalui kajian atau seminar yang dilaksanakan ini perlu diterjemahkan kepada suatu pelaksanaan.

Katanya lagi, Kesedaran aspek keselamatan perlu disuntik semula dan dipertingkatkan agar ia terus menjadi kesenambungan kepada semua agensi keselamatan dalam setiap tindakan mempertahankan negara.

Oleh itu, melalui seminar ini yang dianjurkan oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Pusat Kajian Strategik dan keselamatan Sabah (SASSREC), UMS semoga dapat terus dilaksanakan demi kepentingan keselamatan di Sabah.

Kemudiannya, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usahasama menangani pelbagai isu keselamatan khususnya di Sabah.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

 

Tinggalkan komen anda