Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Salleh: Kehendak Rakyat Agenda Utama Adenan Satem

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mulyani Nong Che / Foto: Parno Selamat

SIBU, 28 Apr (Malaysiaaktif) —  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak berpendapat Tan Sri Adenan Satem seorang pemimpin yang menjadikan kehendak rakyat sebagai agenda utama dalam membangunkan negeri ini.

Salleh yang ditemui ketika Program Sentuhan Kasih di Masjid Al-Muhajirin Kampung Usahajaya Baru di sini pagi tadi berkata berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus penduduk di negeri ini memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri.

Menurut Salleh, kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri sekarang.

Salleh turut menyeru agar rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan agar supaya mampu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil.

“Kerajaan hari ini ialah kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat dengan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mampu mengurangkan bebanan rakyat,” tambahnya.

Jelasnya, pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan adalah untuk kesenangan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Menyentuh tentang parti pembangkang, beliau berkata bahawa pada masa sekarang parti pembangkang telah menunjukkan ketidaksepakatan mereka dengan bergaduh sesama sendiri dan yang pasti mereka tidak akan mampu untuk merealisasikan kehendak rakyat yang mahukan pembangunan.

Semasa program ini seramai 100 orang menerima sumbangan. Daripada jumlah tersebut, seramai 30 penerima dari Kampung Banyok, manakala penerima lain adalah dari Kampung Usahajaya Baru Fasa I dan II serta Jalan Belatok.

Mereka menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan harian serta wang tunai sementara dua orang menerima kerusi roda.

Pada majlis sama, sumbangan RM10,000 diberikan kepada Masjid Al-Muhajirin Usahajaya Baru.

Program ini anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

 

SF/ AAS

Tinggalkan komen anda