Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Saringan Pertandingan Pidato 1Malaysia SPT

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nurul Wahida Mohamad Noor (Bukit Mertajam)

BUKIT MERTAJAM, 28 April (Malaysiaaktif) – Seramai enam orang menyertai Saringan Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) semalam.

Acara yang berlangsung di Dewan Kompleks Perniagaan Peladang di sini adalah bagi merebut peluang mewakili SPT di peringkat negeri yang akan diadakan pada 7 Mei di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal.

Menurut Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam Liaw Fui Na, pertandingan sebegini dapat memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan belia.

Tambahnya pertandingan pidato juga dapat dapat meningkatkan rasa cinta dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Hakim pertandingan, Izzuddin Barahim berharap program seperti ini dapat diperbanyakkan supaya golongan belia lebih terdedah, di samping menjadi kaedah penyampaian dan penyebaran maklumat tentang dasar-dasar kerajaan.

Peserta yang akan mewakili SPT ialah Mohamad Amirul Hatta Md Mokhtar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan Muhammad Firdaus Mohamad dari SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Pertandingan dianjurkan oleh Pejabat Penerangan SPT.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda