Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Jangan Buang, Bakar Bendera Parti – Polis

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUCHING, 28 Apr (Malaysiaaktif) –“Saya minta orang ramai supaya tidak buang, tidak bakar bendera antara parti kerana kini ada pegawai pilihan raya yang memantau.”

Demikian kata Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Mohd Haris Daud yang ditemui dalam sidang media di IPK Sarawak tengah hari tadi.

Tambahnya, sebanyak lapan laporan telah diterima semalam dan enam daripadanya telah dibuka untuk siasatan.

“Ada kes banner dibakar berlaku di Bulatan Sg. Bidut, Sibu dan Batu Kawa dan kes dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ada juga banner yang dibuang, dikoyak dan disimbah cat berlaku di Tapah, Sri Aman, Kanowit, Bintulu dan Batu Kawa yang kesnya telah dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kami mohon penyokong parti tidak lagi melakukan kesalahan yang sama kerana ada penguat kuasa pilihan raya yang terdiri daripada wakil parti, dan majlis tempatan sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini.

“Pesalah yang melakukan khianat dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit atau lebih, penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” ujar Haris lagi.

Sementara itu, menyentuh isu kebenaran ceramah untuk parti Bebas, Liu Thian Leong malam tadi Haris berkata, “Memang calon BN, Datuk Dr. Sim Hui Kian yang memohon kebenaran untuk mengadakan ceramah dahulu. Namun Dr. Sim memaklumkan pembatalan ceramahnya oleh sebab kehadiran Perdana Menteri bagi merasmikan Balai Raya Kg. Desa Wira Batu Kawa. Jadi, tiada isu yang perlu dibangkitkan,” jelas Haris.

 

Tinggalkan komen anda