Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jangan Lupa Bawa Kad Pengenalan – Jamilah

By 30 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Asmidar Zainol / Foto: Khirul Nizam Zanil

KUCHING, 30 Apr (Malaysiaaktif) – Pengundi diingatkan lebih peka tentang keperluan  membawa kad pengenalan semasa mengundi pada 7 Mei ini.

Menurut isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Seri Jamilah Anu tidak mustahil pengundi kadang kala lupa membawa kad pengenalan atau tersilap memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti bertanding.

“Pastikan anda turun mengundi. Pekerja-perkerja parti kita gigih berkempen, kadang-kadang hingga terlupa diri sendiri. Jadi pastikan kita ingat tanggungjawab kita dahulu sebelum membawa orang lain mengundi.

“Pernah pada pilihan raya yang lalu, ada yang terlupa membawa kad pengenalan, nak pergi ambil di rumah, jaraknya jauh, jadi hilanglah satu undi. Oleh yang demikian, elakkan  perkara begini berlaku.

Jamilah juga menggesa majikan untuk memberi kebenaran kepada pekerja mengundi kerana satu undi mampu memberi perubahan kepada parti.

“Jangan ambil sambil lewa untuk turun mengundi, benarkan pekerja-pekerja anda untuk turun, dan kalau ada yang memerlukan pertolongan disebabkan kurang upaya dan sebagainya, maklumkan kepada pihak terbabit untuk menyediakan kemudahan kenderaan,” katanya.

Menyentuh tentang calon N7 Samariang, Sharifah Asidah Syed Aman Ghazaliee, Jamilah berkata rakyat di kawasan ini amat bertuah kerana mencalonkan seorang peguam yang berpengalaman dan mempunyai suara bukan sahaja bagi rakyat di kawasan ini tetapi juga bagi rakyat di negeri ini.

Jamilah berkata demikian pada majlis Samariang Perihatin di Taman Sukma Ria, Petra Jaya.

Pada majlis tersebut, Jamilah turut menyampaikan penghargaan kepada 53 pelajar cemerlang dari enam sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah sumbangan Persatuan Pengimport dan Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda