Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Pemantapan Bahasa Serlah Potensi Diri

By 30 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Normah bt Sapa’in dan Robani Nabi Ahmad

KOTA BHARU , 30 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena Bulan Bahasa, Sekolah Menengah Pengkalan Chepa 1 telah menganjurkan program ‘Pemantapan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab baru-baru ini.

Program ini melibatkan seramai 500 orang pelajar dengan pelbagai acara seperti Akhbar Rakan Saya, Kupasan Buku, Sajak Bahasa Arab,Syair dan Pengucapan awam Bahasa Inggeris.

Menurut, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, Haji Lokman Zakey bin Hashim, program ini diharap mampu memartabatkan Bahasa Melayu, disamping memperkukuhkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kepada semua pelajar.

“Melalui program ini diharap dapat menanam rasa cinta dalam diri para pelajar untuk penguasai bahasa lebih dari satu bahasa dengan lebih baik.”

Beliau juga menaruh harapan agar program ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyerlah bakat dan potensi diri dalam setiap lapangan diceburi.

 

– SH

Tinggalkan komen anda