Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Kawasan ESSCOM Diminta Bertenang

By 5 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: ?Muhammad Khairul Azad Yunus & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Apr (Malaysiaktif) –?Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) diminta bertenang ekoran kejadian penculikan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) ESSCOM, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan menasihatkan penduduk setempat agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengikut arahan pihak keselamatan dari semasa ke semasa.

“Kita menasihatkan penduduk setempat agar bertenang kerana pihak ESSCOM sedang meningkatkan kawalan dan terus memberi perkhidmatan yang terbaik demi menjaga keselamatan negeri ini,” jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan memaklumkan Tun Juhar tentang peranannya dalam memperkasa ESSCOM dengan membantu Komander dalam aspek melengkapkan peralatan aset, perbelanjaan, pengurusan sumber manusia dan sebagainya.

Tinggalkan komen anda