
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa /Foto: Saiful Rahman Sabri & Rizal Redzuan
KUCHING, 30 Apr (Malaysiaaktif) – #Adenanway, #Adenanfever, #Adenanteam – semua hashtag ini merujuk kepada populariti Tan Sri Adenan Satem dalam kempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 ini.
Namun demikian apa yang menjurus kepada populariti beliau? Menurut Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, faktor prinsip banyak membantu menaikkan populariti Adenan.
Bagi Abdul Halim Boha, 32, dia pernah terserempak dengan Toknan yang dilihat cukup santai dan prihatin.
“Kita ada jumpa Tok Nan bersantai dengan cucu-cucunya di medan selera Kubah Ria, pekan Lundu, dan Emart Matang. Pakaiannya juga cukup ringkas.
“Projek bantuan orang miskin, ibu tunggal, isu air, elektrik, jalan raya yang dulu tiada sekarang sudah ada ada sejak Toknan jadi Ketua Menteri,” kata pemuda yang berasal dari Betong itu.
Adenan Satem, 72, merupakan Ketua Menteri Sarawak kelima sejak 28 Februari 2014.