Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sarawak Di Bawah Kawalan Saya Sendiri – Adenan

By 30 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Asmidar Zainol

 KUCHING, 30 Apr (Malaysiaaktif) – “Pemerintahan Sarawak adalah di bawah kawalan saya sendiri, bukan atas arahan sesiapa,” demikian kata Ketua Menteri Sarawak ketika berucap di hadapan lebih dua ribu penduduk  Batu Kawa malam tadi.

Beliau berkata demikian semasa program Pemimpin Bersama Rakyat di City Mall bagi menonjolkan calon-calon Barisan Nasional (BN), Senator Dr. Sim Kui Hian (N14 Batu Kawa), Milton Foo (N10 Pending), Wilfred Yap (N12 Kota Sentosa) dan Lo Khere Chiang (N13 Batu Kitang).

Adenan turut meminta masyarakat setempat mengundi calon BN untuk memastikan wakil Cina berada dalam barisan kabinetnya nanti.

Terdahulu, Adenan memeriahkan suasana dengan nyanyian lagu, Can’t Help Falling In Love (Elvis Presley) dan Oh Carol! (Neil Sedaka).

Seorang penduduk, Thien Poh Thiam berkongsi pendapat dengan Dr Sim yang akan bertanding di N14 Batu Kawa.

“Pemilihan Dr. Sim sebagai calon amat tepat kerana beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.

 

1..

 

“Kami penduduk di Batu Kawa, menyokong pemilihan Dr. Sim kerana beliau seorang yang boleh dipercayai, rendah diri, suka membantu dan senang didekati,” ujarnya.

Tambah Thien lagi, Dr. Sim yang juga Presiden Sarawak United Peoples’ Party SUPP seorang yang berpegang kepada janji.

Bagi Judy Khor, dia berharap Dr. Sim akan dapat membangunkan kawasan Batu Kawa sebagai pusat komersial dan seterusnya merancakkan ekonomi di sini.

Dia berkata, “Setelah 10 Tahun DAP berkuasa di sini tiada perubahan yang dilakukan. Kami yakin Dr. Sim mampu meningkatkan taraf ekonomi kami di sini.”

“Saya berharap kerajaan akan membantu menaiktaraf perumahan setinggan di kawasan Batu Kawa, selain meningkatkan tahap keselamatan.”

Kawasan N14 Batu Kawa mempunyai 60 peratus Bumiputera dan 40 peratus Cina.

Bagi Peter Ong, antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh Dr. Sim termasuk meningkatkan struktur perparitan dan membesakan jalan utama serta kemudahan kenderaan awam.

“Seperti yang kita tahu, banjir merupakan satu masalah di Batu Kawa, saya berharap melalui kerajaan BN, masalah ini akan dapat diselesaikan.

“Kami juga berharap kerajaan melebarkan jalan raya atau membina jalan raya bertingkat bagi  mengelak kesesakan waktu puncak dan menaiktaraf pengangkutan awam,” tambahnya lagi.

Sementara itu, mantan Timbalan Setiausaha Agong Pertubuhan Kebangsan Belia Bersatu Sarawak, Datuk Paul Teo berkata daripada pemerhatiannya berlaku peningkatan sokongan kaum Cina di sini kerana mereka menyokong pentadbiran Adenan yang melaksanakan janji.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda