Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

RM5 Juta Untuk Bina Pusat Kebudayaan Bidayuh-  Adenan

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Warman Wagiman / Foto: Jaed Tepus

KUCHING, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan RM5 juta untuk membina Pusat Kebudayaan Bidayuh.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem semasa menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau yang dihadiri lebih 1000 orang masyarakat sekitar pagi tadi.

Pada majlis yang sama peruntukan RM300 ribu turut diserahkan kepada SRJK(C) Chung Hwa.

Adenan juga mengumumkan Kampung Tasik Biru diwartakan sebagai Kampung Tradisi.

Di samping itu, lebih kurang 538,945 hektar tanah telah diwartakan menjadi rezab komunal Bumiputera Pertanian di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN), menerusi program Pengukuran Parameter NCR, inisiatif baharu melibatkan 373 kawasan di seluruh negeri.

“Daripada jumlah tersebut, 47 kawasan terletak di bahagian Kuching yang melibatkan 51,010 hektar, juga akan diserahkan hari ini.

Tambahnya, Bau tidak akan terkecuali daripada arus pembangunan yang bakal dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ini.

Pada majlis tersebut 11 kampung menerima warta Seksyen 6 KTN iaitu Kg Bogong       (4,552 hektar), Kg Apar, Singai (288.8091), tujuh kampung di kawasan Singai iaitu; Kg Sudoh, Kg Atas, Kg Tanjung Poting, Kg Senibung, Kg Tanjung Bowang, Kg Daun dan Kg Bobak Sajung (1,620.6947 hektar) serta Kg Sagong dan Kg Barieng, Singai (1,081.94 hektar).

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda