Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kayuhan Ceria Didik Komuniti Amal Gaya Hidup Sihat

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – “Program santai berbasikal sejauh 13km sekitar Setiawangsa ini julung kali diadakan dan allhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat dari pelbagai peringkat usia malahan ada yang turut membawa anak kecil bersama”, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari di Stadium Mini Setiawangsa semalam.

“Program ini dapat memupuk masyarakat dengan amalan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah yang mudah”, ujarnya.

“Malahan juga, ia juga boleh dijadikan sebagai pengangkutan mudah bagi mereka yang bekerja untuk ke stesen LRT atau putra dan tidak mustahil jika laluan sesuai untuk basikal disediakan di Kuala Lumpur, ia boleh dijadikan pengangkutan ke tempat kerja”.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abd Halim Abd Samad ketika ditemui berkata, “Program ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagi menangani isu dan masalah setempat melalui pemerhatian di setiap kawasan yang dilalui dalam suasana yang berbeza, unik dan sihat.

kayuhan7

Seramai 300 orang komuniti Setiawangsa menyertai Program Kayuhan Ceria@Parlimen Setiawangsa dan Info Komuniti 1Malaysia anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa, Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Komuniti 1Malaysia Setiawangsa.

Peserta kayuhan yang berjaya melalui ‘check-point’ yang ditetapkan sehingga tamat kayuhan di tepi sungai Jalan Sri Rejang berpeluang untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah seperti basikal dan barangan peralatan basikal.

 

-DK

Tinggalkan komen anda