Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomePerlis

Jangan Guna Jenama ‘Harum Manis’ Untuk ‘Tom Dam’

By 11 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto Oleh Anuar Che Amat

KANGAR,11 Mei (Malaysiaaktif) — Para peniaga yang menjual buah mangga selain daripada ‘Harumanis’ di negeri Perlis dinasihatkan supaya tidak menggunakan jenama tersebut untuk menjual mangga jenis ‘Tom Dam.’

Isu ini timbul berikutan saingan penjualan Harumanis dengan buah mangga yang dibawa masuk dari Thailand, terutama jenis ‘Tom Dam’ hingga mengelirukan pembeli yang kurang maklum tentang ciri-ciri yang terdapat pada spesis Harumanis.

Perkara ini dimaklumkan semalam oleh Exco Pertanian Negeri Perlis, Ahmad Bakri Ali selepas merasmikan Majlis Menandatangani Kontrak Pemasaran Mangga Perlis Sunshine dan Rock Melon bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pengusaha Projek Peringkat Negeri Perlis di Kampung Guar Pani Bukit Keteri, Chuping.

Menurut beliau, ini sesuatu yang perlu ditegaskan kerana Kerajaan Negeri Perlis telah mendapat hak paten intelek untuk jenama mangga ‘Harum Manis. Sehubungan itu, FAMA, Kementerian Perdagangan Dalama Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perlis akan diminta mengeluarkan surat kepada semua peniaga supaya tidak melanggar hak di bawah pendaftaran paten buah mangga kebanggaan negeri Perlis itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA berkata pihaknya juga akan mengeluarkan poster bagi tujuan pendidikan kepada pengguna dan pengeluar berhubung perkara tersebut.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda