Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Jasa Stefan Akan Sentiasa Dikenang – Idris

By 3 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Foto: Ihsan Facebook Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Suasana pilu menyelubungi Hospital Pakar Putra apabila penjaga gol simpanan Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, 18, yang terkena panahan petir pada 5 April lalu, meninggal dunia pada petang Isnin.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membuat lawatan ke hospital pada malam Isnin dan berkongsi kesedihan bersama ibu mendiang Stefan, Marie Lupang, yang tiba di Malaysia dari Australia, 7 April lalu.

“Marilah kita kenang mendiang sebagai seorang bintang yang telah berjasa kepada dunia sukan bola sepak negeri Melaka,” ujar Idris menerusi akaun rasmi Facebooknya.

Petrovski disahkan meninggal pada 4.00 petang semalam ketika masih menerima rawatan. Beliau dikatakan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital.

Petrovski tidak sedarkan diri selepas dipanah petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden di Padang Sepuluh, Krubong pada 5 April. Ketika kejadian, dia menjalani latihan bersama 28 pemain di padang terbabit bermula 4.00 petang.

Pemain itu bermain untuk pasukan Sydney Olympic FC di Australia sebelum berpindah ke MU musim ini. Jenazah mendiang Stefan akan dibawa pulang ke Australia selepas proses bedah siasat dan akan disemadikan di sana.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda