Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Sungai Besar: S.Subramaniam Mahu Jumpa Zahid

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh A.Prabagaran (Klang)

SUNGAI BESAR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC), Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata beliau akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyelesaikan masalah di Sungai Besar serta-merta.

Tambahnya, pemilih Parlimen Sungai Besar perlu memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi menerima perkhidmatan daripada kerajaan persekutuan.

Subramaniam berkata demikian pada Majlis Perjumpaan bersama Pemilih Masyarakat India Parlimen Sungai Besar di Bilik Gerakan MIC Bahagian Sungai Besar, petang semalam.

Menurutnya, pemilih masyarakat India perlu mengekalkan kerusi P93 di tangan BN supaya pemilih kawasan ini terus menerima perkhidmatan cemerlang daripada ahli parlimen.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, BN mempertaruhkan ADUN Sungai Panjang iaitu Budiman Mohd Zohdi, 44, yang diumumkan oleh Zahid pada Jumaat.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk RS Maniam, Datuk NS Krisnan, dan Bekas Senator Datuk Raja Ropaiah.

 

-DK/SF

Tinggalkan komen anda