Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Melaka Sasar Kutip RM72 Juta Zakat

By 5 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Fauzrina Hj Bulka / Foto: FB Datuk Seri Idris Haron

MELAKA, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Melaka menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM72 juta bakal diterima oleh Pusat Zakat tahun ini berbanding RM65 juta yang telah dikutip tahun lepas.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, setelah mengambil kira kemampuan semua peringkat pembayar zakat di negeri ini maka zakat fitrah di Melaka kekal pada kadar RM6.70 tahun ini.

“Kadar itu perlu dikekalkan kerana mengambil kira kemampuan pembayar zakat daripada yang kaya hingga yang miskin walaupun kebanyakan harga barangan dan perkhidmatan meningkat pada masa ini,” kata Idris pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka semalam.

“Nilai RM6.70 itu bukanlah satu masalah bagi orang yang berpendapatan tinggi tetapi bagi  yang berpendapatan rendah pasti mereka akan berkira-kira juga terutama dengan faktor menghadapi Hari Raya,” ujarnya.

Kali terakhir zakat fitrah di Melaka dinaikkan adalah pada 2014 dengan kadar RM6.70 berbanding RM6.50 pada 2013.

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda