Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Perasmian Cube Mudahkan JPP Rancang, Laksana Aktiviti

By 5 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh  Mahazir Abu Hassan, Zainaudin Ab Hamid & Mohamad Nor Eman Abd Latif

BALING, 3 April (Malaysiaaktif) – Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) merupakan satu inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan transformasi pengurusan bandar .

Sehubungan itu, Selesa lepas berlangsung Majlis perasmian Bangunan Pusat Komuniti Bandar  yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimi Abd Manaf bertempat di  JPP Zon 2 Taman Seri Aman Charok Nau Baling.

Berucap semasa perasmian beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk JPP, Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa sebarang isu untuk ditangani bersama.

Katanya lagi , dalam konvensyen Jawatankuasa Perwakilan Penduduk JPP baru-baru ini pihak KPKT telah melancarkan buku gerak kerja JPP dan berharap buku ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua JPP dalam Daerah Baling.

Ini, menurutnya lagi, untuk melaksanakan program secara lebih terancang  serta mendapat penyertaan penduduk tempatan dan secara tidak langsung program-program yang dilaksanakan dapat memberi impak kepada kesejahteraan penduduk .

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk JPP di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan adalah satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Baling ,Datuk Dzohir Md Zain,Wakil Ahli Parlimen Baling, Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah,Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar, Ismail Mokhtar dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan tempatan, Muhammad Arop Darus.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda