Skip to main content
HomePutrajaya

Pelajar Borneo Kuasai Kuiz ASEAN 2016

By 27 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Syed Hisham Shah / Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 27 Mei (Malaysiaktif) –

kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan yang berlangsung semalam berjaya mencapai matlamatnya yakni dengan memberi pendedahan kepada golongan belia dalam pelbagai aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN kepada golongan pelajar-pelajar.

Buktinya, tiga pelajar sekolah menengah akan mewakili negara ke pertandingan peringkat serantau di Laos PDR, Ogos ini. Kesemua mereka layak mewakili negara selepas memenangi pertandingan peringkat kebangsaan di Kompleks KKMM di sini semalam.

Mereka ialah Cheong Kang Min, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Sibu, Sarawak, dan dua orang peserta dari SMK Mat Salleh, Ranau, Sabah iaitu Ross Theodoric Vincent dan Mohd Rizq Roslan.

Ketiga-tiga mereka dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menjawab soalan yang ujian dalam talian untuk memilih peserta yang layak mewakil negara yang diadakan beberapa jam sebelum majlis resepsi.

Rizq yang juga johan kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan ini, menerima wang tunai sebanyak RM2,500, trofi, komputer riba dan sijil penghargaan.

Rizq ketika ditemui menyifatkan kejayaannya adalah daripada kesungguhan guru-gurunya yang banyak membantu dari segi penyediaan maklumat mahupun sokongan moral.

”Kejayaan hari ini tidak mungkin dicapai sekiranya tanpa dorongan guru-guru saya yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan saya mempunyai persiapan yang sempurna dalam menghadapi kuiz ASEAN ini.” katanya pada majlis penyerahan hadiah itu.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohid Mohamed menyampaikan hadiah, dan sijil kepada 20 peserta yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan Kuiz ASEAN secara dalam talian yang diadakan bermula 1 hingga 30 April lepas.

Bagi pertandingan Kuiz ASEAN secara dalam talian, johan dimenangi Mohd Rizq, manakala naib johan dimenangi Tuan Muhammad Imran Tuan Sanusi Asmadi dari SMK Impian Emas Johor Baharu dan tempat ketiga dimenangi Kang Sher Wen dari SMK Bandar Utama Damansara (3), Selangor.

 

-SH

Tinggalkan komen anda