Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penjenamaan Semula Badan Kebudayaan Jerantut

By 11 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Firdauf  Alias

JERANTUT, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Badan Kebudayaan dan Kesenian Jerantut yang semakin suram kini diberi nafas baharu dengan penjenamaan semula ke arah memartabatkan seni budaya bangsa, khususnya di daerah ini.

Justeru, bagi merealisasikan penjenamaan tersebut, Mesyuarat Agong Penubuhan Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut dan pemilihan jawatankuasa penaja telah diadakan di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut petang semalam.

Semasa merasmikan mesyuarat tersebut, Ahli Parlimen Jerantut,  Nazlan Idris menyatakan harapan supaya inisiatif ini mampu menggerakkan peranan dan memasarkan seni budaya kepada pelancong selari dengan Jerantut sebagai Bandar Kebudayaan Negeri Pahang.

Sempena mesyuarat yang dihadiri seramai 104 peserta ini, beliau turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM10,000.00 bagi membantu badan tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut Tengku Nor Asmaliza Ku Lah, dan  Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pahang Ismail Yusof.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda