Skip to main content
Berita TempatanSabah

Perintah Berkurung di ESSZONE Bermula Hari Ini

By 4 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Ā 

 

Ā Oleh: Zuraidah Ahmad (Sabah)

KOTA KINABALU, 6 Mei Ā (Malaysiaktif) ā€“? Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bermula hari ini pada 7.00 malam dan berkuat kuasa 24 jam sehingga 19 Mei ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, perintah berkurung Fasa ke-42 itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Dengan berkuatkuasanya Perintah Berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah disytiharkan antara jam 7.00 malam sehingga 5.00 pagi,” katanya.

Tambahnya, perintah di bawah Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 itu bertujuan memastikan keselamatan para penyelidik antarabangsa, para pelancong dan rakyat Sabah di daratan kawasan berkenaan.

“Ini berikutan maklumat kumpulan yang menjalankan kegiatan KFR (KidnappingĀ For Ransom) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, perintah tersebut juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan ‘omnipresence’ kapal pasukan keselamatan,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut beliau, kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang terdesak.

SF

Tinggalkan komen anda