Skip to main content
Berita TempatanSabah

Polis Sabah Guna Pendekatan Masuk Kampung Ramadan Ini

By 22 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Ā  Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

RANAU, 22 Mei (Malaysiaktif) ā€“?Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bercadang menggunakan pendekatan masuk kampung untuk mengimarahkan bulan Ramadan bermula tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata pihaknya mencadangkan semua warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk turun padang dengan penduduk kampung terpilih untuk mengadakan program sempena Ramadan.

ā€œSempena Ramadan, kita bercadang menggunakan pendekatan masuk ke kampung-kampung yang telah disenaraikan oleh IPD masing-masing.

“Setiap tahun kita mengadakanĀ majlis ilmu seperti tadarus Al-Quran, solat tarawih, dan berbuka puasa yangĀ bertumpu di IPD sahaja.

“Bagaimanapun, bermula tahun ini, semua warga IPD akan bergotong -royong mengadakan persiapan program seperti memasak dan menyediakan keperluan majlis bersama-sama dengan penduduk kampung,” ujarnya.

Tambahnya, kaedah tersebut berupaya menjalinkan hubungan baik antara polis dengan masyarakat sekali gus merealisasikan moto ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Beliau ditemui semasa Lawatan Amal Sempena Peringatan Hari Polis ke-209 di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg. Langsat dekat sini, semalam.RUMAH ANAK YATIM - PDRM 8

Menurut Abd Rashid, majlis berkenaan adalah untuk mewujudkan hubungan silaturahim dan mendekatkan diri bersama anak-anak yatim dan asnaf di Sabah.

“Kita berharap silaturahim ini akan menjadi jambatan untuk berkenal mesra antara satu dengan lain dan kekal tersemai dalam sanubari.

“Majlis ini turut memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat bahawa PDRM melalui Persatuan Keluarga Polis adalah peka dan prihatin terhadap golongan tersebut dan bersedia memberi bantuan agar mereka ini tidak terjebak dengan gejala sosial,ā€ jelasnya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan Polis Kontinjen Sabah berupa wang tunai RM4,852.70 serta bahan mentah,Ā enam unit kipas angin, tiga unit lampu kecemasan dan sebiji bola sepakĀ kepada Pengurus Rumah Anak Yatim berkenaan, Mohd Hainin Abdullah.

SF

 

Tinggalkan komen anda