Skip to main content
Berita TempatanSabah

?‘Bah, Ramai-Ramai Kita Sungkai’ Cetus Setia Kawan

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Asmidar Zainol & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Jun (Malaysiaktif) –? Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSPNS) mencetuskan rasa semangat setia kawan dan berkerjasama dalam menjayakan program ‘Bah, Ramai-ramai kita sungkai’ di pekarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, kelmarin.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah, program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan semangat muhibah antara penjawat awam yang berkhidmat di sini.

“Tahun ini program bersungkai diadakan ala kampung sambil berhibur melalui persembahan buskers bersama-sama lebih 200 penjawat awam kerajaan persekutuan Sabah dengan juadah utama iaitu bubur lambuk dimasak secara beramai-ramai.

imageTambahnya, sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk turut diagihkan kepada penjawat awam dan orang ramai yang melalui hadapan kompleks KPKNS jalan sulaman.

“Sebanyak lima kawah digunakan untuk memasak bubur lambuk secara gotong-royong oleh 100 penjawat awam di pekarangan Kompleks tersebut sejak awal pagi.

Pelaksanaan program ini turut berjaya menyatukan pelbagai agensi kerajaan yang berkhidmat di kompleks berkenaan untuk sama-sama memeriahkan dan bersuai kenal serta menjayakan misi kerajaan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

SF

Tinggalkan komen anda