Skip to main content
Berita TempatanNegeri SembilanViral

237 Orang Hasnaf Terima Duit Raya

By 28 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Malini Md Yunos
PORT DICKSON, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Aidilfitri yang bakal menjelang disambut dengan perasaan gembira oleh 237 orang asnaf dari kawasan Bagan Pinang, Chuah, Port Dickson dan Jimah kerana menerima bantuan hari raya sebanyak RM300.00 daripada pihak Baitulmal Cawangan Port Dickson. Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Dato’ Tun Hairudin Abu Bakar, yang diadakan di Masjid Bandar Springhill, hari ini.
Menurut Pengurus Baitulmal dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Zainal Said, bantuan yang diberikan kepada asnaf merupakan bantuan tambahan hari raya selain bantuan bulanan tetap RM200.00 yang diterima pada setiap bulan. Bantuan hari ini merupakan sumber dari hasil kutipan zakat. Beliau menyeru supaya penerima bantuan membelanjakan wang bantuan dengan baik-baiknya selain memperbanyakkan sedekah supaya beroleh barakah dalam merebut pahala “lailatulqadar” pada minggu akhir bulan Ramadan.

Baitulmal 2 (1)

Dalam ucapannya, Tun Hairudin mengucapkan terima kasih kepada pihak Baitulmal Cawangan Port Dickson kerana mengaturkan program pemberian bantuan hari ini sekurang-kurangnya dapat meringankan kos perbelanjaan bagi menyambut Aidilfitri. Tambahnya lagi, para asnaf perlu mensyukuri nikmat yang diperolehi hari ini kerana ia merupakan usaha pihak kerajaan negeri dan persekutuan dalam memastikan rakyat terbela selaras dengan misi kerajaan untuk mensejahterakan rakyat. Beliau mengharapkan sokongan yang berterusan kepada kerajaan supaya lebih banyak lagi program-program yang boleh dirancang bersama Jawatankuasa Masjid Bandar Springhil bersama-sama golongan asnaf pada masa depan menggunapakai fasiliti masjid sebagai pusat aktiviti di peringkat kariah dan taman.

Temubual bersama Rosiah Salleh, 45 tahun, dari Kampung Bagan Pinang melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Baitulmal yang sangat prihatin dengan keperluan golongan asnaf kerana memberikan bantuan hari ini yang banyak meringankan belanja persiapan menyambut hari raya. Turut hadir bersama dalam majlis ini, Pegawai Baitulmal Daerah Port Dickson, Puan Jumiatul Adawiyah Ismail.

Mrr

Tinggalkan komen anda