
Oleh: Mohd Faizal Mat Akhir (Bukit Mertajam)
BUKIT MERTAJAM, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Bubur Lambuk merupakan makanan sinonim bulan Ramadan yang diedarkan dan dinikmati sepanjang bulan.
Di Bukit Mertajam, masjid dan surau tidak ketinggalan meneruskan tradisi memasak dan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada penduduk sekitar.
Menurut ahli jawatankuasa Surau Kampung Kebun Sireh, Yusuf Abdullah, amalan memberi bubur lambuk sudah menjadi tradisi tahunan bagi surau tersebut.
Tambah Yusuf, bubur lambuk yang disediakan pihaknya mempunyai keunikan yang tersendiri.
“Bubur di sini agak istimewa dan kami mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa juadah itu tidak muak dan jemu dimakan walaupun dalam kuantiti yang banyak.”
“Setiap hari, ahli jawatankuasa surau menggunakan dua periuk besar untuk memasak bubur lambuk. Sekitar 50 hingga 100 orang berpeluang untuk membawa pulang dan menikmati keenakan bubur ini ketika berbuka puasa,” ujar Yusuf.
Pemberian bubur lambuk pada bulan Ramadan kebiasaannya bermula dari 4 petang hingga jam 6 petang.
– AH