Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pasangan Ditinggal Anak Kerana Kemiskinan

By 29 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muniyamma a/p Marapen & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Jun (Malaysiaktif) –? Pepatah Melayu ada menyebut seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu persis kisah yang menyelubungi Undung Salleh, 60, dan suaminya, Abdul Jaafar Sumbling, 57, yang berasal dari Kudat.

Jainab 04Mereka ditinggalkan enam anaknya berumur antara 21 hingga 32 tahun dan telah berhijrah ke ibu negara selepas tamat zaman persekolahan pada 2008 dan tidak pernah sekalipun datang atau menghubungi kedua-duanya.

Kerana dibelenggu kemiskinan, Undung dan Jaafar kini terpaksa tinggal di sebuah rumah usang, tanpa bekalan air dan elektrik di Kampung Inanam Laut sejak sekian lama.

Menjelang Aidilfitri ini, mereka juga ingin menyambut Hari Raya dengan anak-anak seperti keluarga yang lain. Mereka amat merindui dan mengharapkan anak-anak akan pulang ke pangkuan.

“Pulanglah ke pangkuan kami, kami amat rindu dan teringin jumpa kalian wahai anak-anakku”, kata Undung yang juga seorang pesakit buah pinggang pada tahap yang serius.

“Kalau masih ingat pengorbanan kami sebagai ibu bapa yang membesarkan, memberi perlindungan dan memberi pendidikan pulanglah secepat mungkin,” rayu Jaafar yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Kesengsaraan mereka mendapat perhatian Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid bersama Syukbah Wanita Masjid Bandar Raya serta beberapa sukarelawan agensi kerajaan turut serta menyampaikan sumbangan kepada pasangan tersebut di Kampung Inanam Laut, di sini semalam.

Jainab turut meminta kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya kepada pasangan tersebut.

 

-SF

Tinggalkan komen anda