Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Sambal Goreng Budu Raih Pendapatan Lumayan

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Siti Rawaida bt Mohd Nor (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 20 Jun (Malaysiaktif) – Dengan hanya bermodalkan RM300 dan berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian di universiti, Norhafizah Mohd Azmi, 30 kini menjadi seorang usahawan berjaya.

Norhafizah di premis perniagaannya di sini

Norhafizah di premis perniagaannya di sini

Menurut anak jati Kampung Belimbing, Tanah Merah ini, pada peringkat awalnya beliau agak meragui untuk menceburkan diri dalam perusahaan sambal goreng budu ini, namun berkat usaha dan keyakinan diri, beliau berjaya dalam masa enam bulan sahaja tanpa mendapat bimbingan atau bantuan modal daripada mana-mana pihak.

“Sebelum ini saya hanya memasak sambal goreng budu di rumah secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga, kini saya mampu menyewa sebuah  kedai untuk mengembangkan lagi perniagaan.

“Oleh kerana permintaan sambal goreng budu semakin meningkat, saya terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan yang lebih terhadap perniagaan ini,” ujar pengasas sambal goreng budu Remoka ini.

Menurutnya, resipi sambal goreng budu ini diwarisi oleh ibunya dan beliau turut  dibantu oleh suami serta dua orang pekerja. Setiap paket 50gram dijual dengan harga RM5.

“Setiap hari kami mendapatkan bekalan ikan segar di antara 50 kilogram dan 2500 liter budu bagi memenuhi permintaan sambal goreng budu di seluruh Malaysia,” ujarnya lagi kepada Malaysiaaktif.

Norhafizah berkata, kebanyakkan tempahan diambil melalui dalam talian dan agen.

Kini beliau mampu memperolehi pendapatan lumayan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan hasil daripada perniagaan sambal goreng budu warisan keluarganya itu.

 

-SH

Tinggalkan komen anda