Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Jangan Takut Keluar Undi – Ketua Polis Perak

By 15 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Fandy Azlan (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi memberi jaminan keselamatan kepada pengundi-pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

“Pihak Polis bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam, jangan takut keluar undi. Keluarlah awal dan bawalah kad pengenalan. Jangan lewat-lewat untuk keluar undi. Itu nasihat saya.

“Jangan bimbang, pihak polis telah menempatkan anggota dan pegawai secukupnya bagi menjamin keamanan dan keselamatan sepanjang proses pembuangan undi pada 18  hari bulan nanti,” ujar Rahim ketika ditemui pemberita di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Kangsar, semalam.

Tambahnya, PRK Kuala Kangsar ini merupakan pilihan raya yang terbaik.

“Saya telah mengikuti tujuh PRU (Pilihan Raya Umum) sebagai Pegawai Kanan Polis dan lima PRK sebagai Ketua Polis Negeri Kelantan, Pulau Pinang dan juga Perak, ini yang kelima. Saya dapati pilihan raya ataupun PRK di Kuala Kangsar ini, amat baik, terbaiklah bagi saya. Tidak ada insiden yang boleh menggugat keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat di sini dan juga amnya di seluruh Malaysia.

“Ini menunjukkan rakyat Malaysia telah matang dalam berpolitik. Saya harap keadaan seperti ini dapat dikekalkan sehinggalah tamat proses pilihan raya P.067 Kuala Kangsar ini,” jelas Rahim lagi.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda