Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPerakSelangorViral

Kemenangan Berkembar: Rakyat Muak dengan Propaganda – Azalina

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) selepas mencatat majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar (9191) dan PRK Kuala Kangsar (6969) pada Sabtu lepas menunjukkan yang rakyat sudah muak dengan propaganda yang dibawakan pembangkang.

Demikian kata  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan media yang dikeluarkannya semalam.

“Rakyat kini semakin bijak menilai antara permata dan kaca apabila memilih rekod cemerlang BN berbanding langkah sumbang Parti Harapan yang kini ibarat retak menanti belah walaupun dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun berkempen.IMG_1702

“Kedua-dua PRK ini sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada gerak kerja BN khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kemenangan ini juga membuktikan yang rakyat bijak memilih demi memastikan kesinambungan pembangunan yang telah dibawa BN dan tidak terpengaruh dengan polemik yang dicetuskan pembangkang,” tambahnya.

Dalam kenyaataan media itu juga, Azalina berbesar hati untuk bersama-sama dua orang rakan Ahli Parlimen baharu iaitu Budiman Mohd Zohdi (Sungai Besar) dan Datin Mastura Yazid (Kuala Kangsar) dalam sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

 

 

Tinggalkan komen anda