Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kumpulan Warisan Harta Sabah Serah Zakat Perniagaan RM1.27 Juta

By 21 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Yahya Abdul Rajak & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaktif) –? Kumpulan Warisan Harta Sabah (WHSSB) menunaikan kewajipan membayar zakat perniagaan berjumlah RM 1.27 juta kepada Pusat Zakat Sabah MUIS bagi tahun ini.

Antara anak syarikat kumpulan tersebut ialah Warisan Harta Sabah dengan RM167,898.00, Angkatan Hebat Sdn Bhd RM52,470.00, Common Tower Technologies Sdn Bhd RM141,062.00 dan Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd dengan zakat RM910,403.00.

Menurut Pengerusi WHSSB, Datuk Hj Ramlee Marahaban membayar zakat bukan sekadar menunaikan kewajipan tetapi bermatlamat untuk mengeratkan persefahaman dan silaturahim dalam kalangan warga syarikat dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Sumbangan zakat daripada Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd untuk dimanfaatkan golongan yang memerlukan

Sumbangan zakat daripada Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd untuk dimanfaatkan golongan yang memerlukan

“Penubuhan WHSSB pada 1995 terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri melalui pelaburan aktif dan pasif mengembangkan sumber kesejahteraan negeri ini.

“Bagi memastikan WHSSB  mampu memberi impak berterusan kepada pembangunan Sabah, pihak pengurusan mengambil pendekatan lebih strategik dengan menerajui dua bidang utama iaitu sumber tenaga lestari dan infrastruktur ICT,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Pengagihan Zakat Korporat di TH Hotel, dekat Sembulan, malam tadi.

Tambahnya, melalui dua pendekatan itu Kerajaan Negeri mampu memperoleh ‘revenue stream‘ dan aliran tunai yang mampan sekali gus memperkasa pertumbuhan sosioekonomi kawasan luar bandar.

“Pertumbuhan ini pastinya menjadikan Sabah antara negeri terkehadapan dari segi kepantasan liputan ICT serta infrustruktur yang memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat Sabah khususnya.

“Selain menunaikan zakat perniagaan, kumpulan warisan harta Sabah tidak leka daripada misi utama iaitu bayaran dividen kepada pemegang saham berjumlah RM10 juta bagi tahun ini,” jelasnya.

Turut menerima sumbangan,golongan anak-anak dari Rumah Anak-anak Yatim Yayasan Kebajikan Suria, Kampung Panjut, Tuaran.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

 

SF

Tinggalkan komen anda