Skip to main content
Berita TempatanPahang

Petronas Dagang Pahang Bantu Warga Emas

By 17 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Emran Ismail / Mohamad Azree (Raub)

RAUB, 17 Jun (Malaysiaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Raub menerusi Petronas Dagangan Berhad Negeri Pahang akan terus menyokong serta membantu rumah-rumah kebajikan khususnya di bawah kelolaan agensi kerajaan.

Perkampungan Rumah Ibadah Raub merupakan salah sebuah pusat penjagaan orang-orang tua, di sini. Penghuni adalah di kalangan warga emas yang uzur yang tidak mempunyai keluarga atau saudara-mara serta tidak mempunyai tempat tinggal.

Perkampungan ibadah ini adalah di bawah penyelarasan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Raub dan diurus tadbir oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinamakan Perkampungan Ibadah Rumah Sejahtera Warga Emas Islam Raub (PEWERA).

Bersempena bulan Ramadan ini, Petronas Dagangan Berhad Negeri Pahang akan mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 18 penghuni warga emas perkampungan ibadah tersebut.

Majlis tersebut akan diadakan pada 28 Jun nanti. Menerusi wakilnya, Muhammad Asree Asmoe, beliau berharap program sebegini sedikit sebanyak dapat membantu warga emas ini meneruskan kehidupan mereka.

Menurut Pengerusi Perkampungan Ibadah Rumah Sejahtera Warga Emas Islam Raub, Zulkifli Haji Mohd Ali Piah, program sebegini dapat membantu meringankan beban kepada penghuni serta memberikan kegembiraan kepada penghuni yang tidak mempunyai saudara-mara yang tinggal bersama mereka.

“Sepanjang bulan Ramadan ini telah diadakan beberapa program berbuka puasa hasil daripada sumbangan oleh agensi kerajaan dan swasta yang sentiasa bermurah hati membantu menyalurkan bantuan.

“Kepada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan atau bantuan dalam pelbagai bentuk kepada penghuni di Perkampungan Ibadah Rumah Sejahtera Warga Islam Emas Raub amatlah dialu-alukan bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan,” ujar beliau lagi kepada Malaysiaaktif dengan penuh pengharapan.

 

-SH

Tinggalkan komen anda