Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Rahmat Ramadan ; Enam Keluarga Terima Rumah

By 17 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Zulfadli Bin Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 17 Jun (Malaysiaktif) – Keberkatan bulan Ramadan memberi erti yang besar kepada 6 buah keluarga yang  kehilangan tempat tinggal akibat  daripada musibah banjir pada penghujung 2014 yang lalu.

Mereka telah menerima bantuan rumah daripada Lions Club dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sri Guchil Kuala Krai, di sini semalam.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Haji Faudzi Che Mamat,

Turut hadir  ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), Datuk Haji Adnan Bin Hussin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Rahim Haji Jusoh, serta wakil-wakil daripada Lions Club.

Menurut Dr J.P Kamalanathan,  Pengerusi Lions Rebuilding Program, kos untuk membina enam buah rumah tersebut menelan belanja sebanyak RM300,000 yang melibatkan beberapa  lokasi yang berlainan iaitu masing-masing di Kampung Pahi, Kampung Bekok, Kampung Sungai Sam, Kampungg Laloh, Kampung Batu Jong dan Kampung Pasir Kelang.

Bantuan sebanyak  RM 500 juga turut diberikan kepada   81 buah keluarga mangsa banjir yang turut disumbangkan oleh Lions Club.

“5 buah kontena yang digunakan sebagai rumah perlindungan sumbangan Lions Club sebelum ini sebagai penempatan sementara kini dalam proses pengosongan dan telah didermakan kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, masing-masing sebuah kepada Majlis Daerah Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan Kuala Krai, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Pasir Gajah, Tokong Cina Kuala Krai dan Kuil Hindu Daskoh,” ujarnya lagi.

Datuk Haji Faudzi Che Mamat, dalam ucapannya merakamkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada Lions Club kerana  prihatin dan sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam membantu masyarakat khususnya bantuan kepada mangsa banjir tahun 2014.

“Saya berharap agar keberkatan bulan ramadhan ini terus menjadi detik-detik indah buat penerima-penerima bantuan dan sumbangan ini,” jelasnya lagi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda