Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

[VIDEO] – Mara Digital Anggerik Mall, Kedua Dibuka

By 22 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Dila Khamde (Putrajaya)

SHAH ALAM, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Mara Digital Anggerik Mall sebagai mara digital kedua selepas pusat pertama dibuka di Banugnan Menara MARA Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Majlis berlangsung bertempat di ruang legar, Anggerik Mall, Shah Alam petang semalam.

20160721_152331

Menurut beliau, “Ini merupakan fasa pertama di mana 32 ruang niaga berbentuk kiosk disediakan bagi menjual produk telefon, komputer, laptop, aksesori, servis pembaikan dan perkhidmatan selepas jualan (after sales service)”.

“Bagi fasa kedua dijangka akan dibuka dalam bulan Ogos bertempat di aras satu, 17 ruang niaga akan disediakan untuk menjadikan mara digital ini sebagai pusat pembayaran bil  dan pusat sehenti bagi produk-produk IT. Perbincangan sedang dijalankan dengan pelbagai syarikat telco dan jenama produk IT yang terkenal”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, sebanyak lima buah Mara Digital akan dibuka di Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Petaling Jaya yang masih dalam perbincangan.

Beliau turut memaklumakan seperti di Mara Digital KL, pengecualian 6 bulan sewa sebagai insentif kepada peniaga turut diberikan kepada peniaga di Anggerik Mall yang akan disubsidi oleh pihak Mara.

Menyentuh mengenai sambutan di Menara Mara Digital KL, “Selepas jualan telah mencapai 10 juta dengan purata 1.5 juta sebulan”

Manakala, di Anggerik Mall ramalan jumlah jualan masih belum ditentukan.

20160721_161708

Menurut pegawai eksekutif dari Mara Digital Anggerik Mall, Teh Asmidar Danial berkata, beliau mendapat maklum balas yang positif dari peniaga di mana pada hari pertama dibuka telah pun peroleh jualan.

Tambahnya, “Pihak kami turut membantu dengan membekalkan produk tulen untuk jualan kepada peniaga untuk memulakan perniagaan mereka”.

Interlink Impact Holding Sdn Bhd bertanggungjawab bagi membina, merekabentuk dan menguruskan MARA Digital Anggerik Mall ini. Selain itu juga merupakan pembekal utama produk-produk ICT kepada usahawan usahawan bumiputera yang terlibat di sini.

“Memandangkan Anggerik Mall ini berdekatan dengan kawasan yang kebanyakkannya pelajar, maka tarikan kita adalah pelajar” ujarnya lagi.

“Dengan tawaran harga yang lebih murah oleh peniaga bumiputera, kami berharap mereka akan datang ke sini untuk membeli barangan ICT”.

 

 

MARA Digital juga dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu MARA Digital yang turut dianggotai oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memantau barangan tulen bagi meningkatkan tahap keyakinan pelanggan terhadap produk-produk ICT ditawarkan di setiap MARA Digital.

Ismail berharap, dengan pewujudan MARA Digital Anggerik Mall, dapat bagi menyemarakkan lagi Anggerik Mall sebagai pusat golongan muda serta menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan teknologi maklumat.

Tinggalkan komen anda