Skip to main content
Berita TempatanSabah

110 Pesakit Buah Pinggang Terima Sumbangan YNJ

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Muniyamma a/p Marapen & (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Seramai 110 pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan Hemodialisis di Hospital Wanita dan Kanak – kanak Likas mendapat bantuan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pengerusinya, Al Hambra Tun Juhar berkata majlis yang julung kali diadakan itu akan diteruskan di seluruh Sabah bagi membantu meringankan beban masyakarat yang memerlukan.

“Saya amat berbesar hati pada kali ini, Kastam Diraja Malaysia Sabah turut serta membuat amal bersama – sama kami menghulurkan bantuan berupa lima buah kerusi roda kepada pesakit – pesakit Hemodealisis di Hospital berkenaan” kata Al Hambra.

Beliau ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan Nur Jauhar Bersama Unit Hemodialisis Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, pada Ahad.

Menyerikan majlis, Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni di Unit Hemodialisis hospital tersebut.

Selain Kastam, YNJ turut menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada Unit Hemodialisis hospital berkenaan bagi membantu pesakit – pesakit yang menerima rawatan di unit tersebut.

Sementara itu, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak – Kanak Likas, Dr. Tan Bee Hwai berkata beliau amat berbesar hati dengan keprihatinan Toh Puan Norlidah dan Rombongan YNJ sebagai suntikan semangat kepada para pesakit buah pinggang yang terlibat.

Tambah Tan, kini seramai 114 pesakit buah pinggang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa menjaga pemakanan dan mengurangkan pengambilan ubat bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang.

SF

Tinggalkan komen anda