Skip to main content
HomeViralWilayah Persekutuan

Hampir RM20 Juta Bantu Pelajar Orang Asli Ke Seberang Laut

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 12 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun ini.

Mereka terdiri daripada enam orang yang akan ke University of Portsmouth, seorang ke Edinburgh Napier University, seorang ke Brunel University, seorang ke Glasgow Caledonian University dan seorang ke Heriot Watt University, United Kingdom.

Manakala empat orang akan ke Chung-Ang University, Korea Selatan, seorang ke University of Northern Iowa, Amerika Syarikat dan seorang ke Manipal University, India.

Menurut  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail, “Pada bulan Julai yang lalu, dua orang pelajar telah berangkat ke Australia, manakala baki empat  pelajar sedang menunggu surat tawaran”.

“Jumlah keseluruhan pelajar Orang Asli yang dihantar ke luar negara pada tahun ini adalah seramai 18 orang, melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian pada tahun 2016 iaitu sekurang-kurangnya 15 pelajar”, tambah beliau.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bersama Pelajar Program Ijazah Luar Negara (PILN) Tahun 2016 di Dewan Serbaguna KKLW, Putrajaya di sini hari ini.

“Sejak program penghantaran pelajar orang Asli dari tahun 2010 sehingga tahun 2015, seramai 54 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan tambahan 18 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 72 orang”, ujar beliau.

“Demi membantu masyarakat orang Asli mendapatkan pendidikan yang sepatutnya, kementerian telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM13.79 juta untuk pengangkutan dan RM4.5 juta untuk wang saku demi memastikan kelancaran pengurusan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna”.

20160817_142856

Chai Mey Ling akan Ke University of Portsmouth untuk mengikuti kursus Ijazah Kejuruteraan Petroliam.

 

Seorang pelajar yang ditemui, Chai Mey Ling, dari Pahang berkata, “Saya rasa sangat gembira dan bangga akhirnya dapat peluang untuk belajar ke luar negara. Ini memang hasrat arwah ayah saya dari tingkatan 4 lagi, sebelum beliau meninggal pada tahun 2012,

“Oleh sebab tidak sempat mengikuti program JAKOA pada tahun lepas, saya memohon semula untuk tahun 2016 dan nekad hendak pergi juga”, katanya yang akan bertolak pada 10 September ini.

“Saya berharap saya boleh bawa kursus Petroleum Engineering ini dengan keputusan yang memuaskan supaya dapat sambung sarjana,

Husiyandi a/l Husni dari Selangor turut rasa bersuyukur kerana mendapat tawaran dan diberi peluang untuk ke luar negara bagi mengikuti kursus ijazah Master (Msc) Kejuruteraan Petroliam.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda