Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Yayasan Toh Puan Zurina Tawar Rawatan Hemodialisis Percuma

By 15 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Selepas menghantar hanya satu permohonan, seorang warga emas bersyukur kerana berpeluang menjalani rawatan hemodialisis secara percuma di Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) Peringgit, di sini.

Abdul Manaf Abd Aziz, 64, berkata, sebelum ini dia menjalani rawatan di pusat hemodialisis swasta yang agak mahal, namun, segala kos rawatan ketika itu ditanggung oleh arwah anaknya.

En Yahya“Setelah anak saya meninggal, saya berhenti menjalani rawatan kerana tidak mampu menampung pembiayaan sebab kos untuk sekali rawatan bernilai RM250,” ujarnya.

Abdul Manaf yang menghidap penyakit kencing manis sejak 15 tahun lalu berkata dia segera membuat permohonan selepas mendapat tahu rawatan yang dijalankan di YTPZ adalah percuma.

“Alhamdulillah sudah tiga bulan saya mendapatkan rawatan di sini. Dalam seminggu,  saya perlu jalani tiga kali rawatan,” katanya ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan YTPZ pada pagi Sabtu.

YTPZ menerima sumbangan RM50,000 dari Lions Club of Malacca dan 35 beg berupa barangan keperluan bagi pesakit buah pinggang di yayasan berkenaan.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub; Pegawai Esekutif YTPZ, Datuk Radhuana Salleh; Presiden Lions Club of Malacca, Helen Agoh dan Past International President, Lions Club International Bangkok, Thailand, Kajit ‘KJ’ Habanananda.

Menurut Penyelaras YTPZ, Nazirah Abu Shah, YPTZ memberi peluang untuk pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan menggunakan mesin hemodialisis secara percuma.

 

 

“Sehingga kini, YTPZ yang mempunyai 20 mesin hemodialisis dan seramai 35 pesakit ini memberi peluang kepada lebih ramai pesakit buah pinggang yang kronik mendapat rawatan dialisis secara percuma dan berkualiti.

“Kita akan tambah lagi bilangan pesakit dari masa ke semasa. Mereka yang berkelayakan seperti pesakit yang menghidap buah pinggang kritikal dan pendapatan bawah RM3,000 sebulan bolehlah memohon, ” jelas Nazirah.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda