Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

700 Sertai Seminar Transformasi Industri Pembinaan 2016

By 30 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Seri Ayu Wardiah (Shah Alam)

SHAH ALAM, 30 Sept (Malaysiaaktif) – “Saya mendapati kebanyakkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak berkualiti dan tidak mencapai tahap ‘standard’ yang ditetapkan dan memohon pihak Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengawasi projek PPRT ini”.

Demikian tegas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Haji Noh Omar pada Majlis Perasmian Seminar Transformasi Industri Pembinaan 2016 bertempat di Pusat Konvesyen Shah Alam di sini semalam.

Tambah beliau, “Kementerian KPKT telah menubuhkan tribunal perumahan bagi menerima aduan daripada mana-mana pembeli yang tidak berpuas hati dengan pemaju supaya tidak perlu lagi pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah mereka”.

“Sejak ditubuhkan, sebanyak 42 ribu kes telah diterima berkenaan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti pembinaan”, ujar beliau lagi.

whatsapp-image-2016-09-29-at-18-13

Penyerahan Sijil Perakuan Pematuhan Standard Bahan Binaan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Haji Noh Omar

Beliau turut memohon pihak CIDB bagi membantu KPKT dalam memantau dan mengawasi projek-projek yang terbengkalai di negara ini di mana sebanyak 50 peratus projek terbengkalai tersebut berlaku di negeri Selangor sahaja.

Seminar ini adalah kerjasama KPKT dengan CIDB bagi memberi penjelasan dan penekanan kepada semua penggiat industri berkaitan dengan kehendak Akta CIDB.

Kira-kira 700 orang penggiat industri hadir menyertai seminar ini yang teridiri daripada 400 kontraktor pembinaan, 100 syarikat pemaju hartanah, 100 kakitangan pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, 50 perunding pembinaan pelbagai disiplin dan 50 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Majlis turut mengadakan penyerahan tiga cek Takaful Personel Binaan kepada pewaris mangsa kematian dan penerima yang mengalami kecacatan kekal dengan jumlah sebanyak RM 61,100.

Antara program-program yang dibentangkan ialah skop Penguatkuasaan Akta CIDB 520 (Pindaan) 2011, Pendaftaran dan Akreditasi Personel Binaan, Peraturan dan Tatacara Bahan Binaan, Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA) 746 dan  Akta CIDB Malaysia (Pindaan) 2011.

-DK

Tinggalkan komen anda