Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

Penambahbaikan Sistem Telekomunikasi Di Rantau Panjang

By 30 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Yuslina Ibrahim dan Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Pasir Mas)                       

RANTAU PANJANG, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Kunjungan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ke Rantau Panjang petang semalam membawa berita baik ke daerah itu. Ini kerana mereka bakal menikmati penambahbaikan sistem telekomunikasi yang boleh memberi manfaat kepada kira-kira 50 ribu penduduk sekitar.

Semasa berucap di Majis Pemimpin Bersama Rakyat yang di Padang Awam Gual Kulim, Batu Karang, di sini, Salleh berkata beliau datang ke Rantau Panjang bukan sahaja bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, tetapi juga untuk menunaikan janji dan memenuhi undangan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang.

7 buah menara telekomunikasi akan dibina, dapat memanfaatkan sekitar 50 ribu penduduk setempat.

7 buah menara telekomunikasi akan dibina, memanfaatkan sekitar 50 ribu penduduk setempat.

 

Sempena kunjungannya itu beliau mengumumkan bahawa pihak KKMM telah meluluskan pembinaan sejumlah tujuh buah menara telekomunikasi dalam masa terdekat.

“Kemudahan yang dinikmati di bandar perlu juga dinikmati di kawasan luar bandar dan pedalaman serta akan meningkatkan sistem telekomunikasi.

“Dengan adanya menara tersebut, ia bukan sahaja boleh memberi penambahbaikan kepada data 3G tetapi juga meningkatkan sistem teknologi maklumat (IT) di kawasan ini,” ujarnya lagi.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, dan Pengarah Penerangan Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah,

Menurut Salleh lagi, menjelang 2020 Malaysia akan menikmati penembusan 95 peratus sistem telekomunikasi.

Beliau juga sempat menziarahi lima buah rumah penduduk miskin dan menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian, seperti beras, gula, minyak masak dan wang tunai.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda