Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabah

Peladang, Penternak, Nelayan Sabah Terima Pengiktirafan

By 12 September 2016September 13th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Asmidar Zainol (Sabah)

PUTATAN, 11 September (Malaysiaktif) – Sumbangan penternak, nelayan dan peladang di Sabah dihargai melalui penganjuran Sambutan Hari Peladang, Penternak (HPPNNS) dan ‘Road to MAHA 2016’.

Ia dizahirkan semalam dengan Anugerah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri kepada 12 penerima.

Bagi kategori Individu penerima terdiri daripada Gontial Matail (Anugerah Peladang Jaya Lelaki); Mardiana Samsudin (Anugerah Peladang Jaya Wanita); Asmaul Gindong (Anugerah Nelayan Jaya); Haji Basran Osman (Anugerah Penternak Jaya); Adib Ajwad Ramlie (Anugerah Penternak Ikan Jaya); Sariyaman Sabur (Anugerah Siswzah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya.

Manakala kategori Unit atau Kumpulan pula diraih Unit Peladang Damai, PKK Kota Marudu (Anugerah Unit Peladang Jaya); Projek Kelompok Penanam Jagung Manis Tuaran (Anugerah Kumpulan Tani Komersial Jaya); dan Kumpulan Petani Wanita Maju, Papar (Anugerah Kumpulan Wanita Jaya).

Sementara kategori Organisasi atau Swasta dimenangi Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau (Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya); Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan (Anugerah Persatuan Nelayan Jaya) dan Hajah Yanong Frozen Food Enterprise, Kinabatangan (Anugerah Pemasar Tani Jaya).

3

Musa menyerahkan ‘mock’ cek kepada Usahawan Tekun Negeri Sabah sejumlah lebih RM57juta untuk membantu usahawan-usahawan di negeri ini.

 

Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Dewan Sri Putatan dekat sini.

Kemudian, dalam sidang media beliau berkata,“Pengiktirafan ini adalah antara usaha kerajaan bagi menggalakkan peladang, penternak dan nelayan untuk terus berkerja keras menambah produktiviti mereka.

Menurut Musa, kerajaan negeri juga sedang berusaha memantapkan sektor berkenaan melalui penyelidikan  dan pembangunan (R&D) bersama beberapa universiti bagi menghasilkan kaedah-kaedah baharu.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan usaha kerajaan untuk menubuhkan Lembaga Ubi Kayu Sabah bagi memenuhi permintaan semasa.

Beliau berkata setakat ini terdapat dua kilang ubi kayu, di Tawau dan Kudat dan inisiatif tersebut memerlukan banyak bekalan ubi kayu untuk diproses dan menampung permintaan.

“Oleh itu kita menggalakkan petani dan peladang yang mempunyai tanah yang belum diusahakan untuk  menanam ubi kayu.

“Ia akan memberikan hasil yang baik dan akan dibeli oleh pengilang-pengilang dengan harga yang tinggi, katanya lagi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda