Skip to main content
Home

Amanat Terakhir Pejuang Veteran Melayu, Aziz Tapa

By 24 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Foto Utama: Astro Awani
Oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Seminggu sebelum pemergian allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa pada 4 Oktober lepas, Kelab Sahabat Najib (N87) peringkat pusat dan negeri berkesempatan menziarahinya di kediamannya yang terletak di Jasin, di sini.

Menurut Pengerusi N87 Melaka, Osman Ismail, dalam kunjungan tersebut mereka berkesempatan untuk berbual dan perbualan tersebut berjaya dirakam.

“Komen yang diberi oleh allahyarham memang langsung tidak bersetuju dengan tindak tanduk Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan, bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO yang telah menolak dan keluar daripada UMNO,” katanya.

Katanya, di antara petikan perbualan tersebut allahyarham mengatakan bahawa Tun Mahathir telah membuat parti baru hanya untuk sementara dan berdasarkan keuntungan peribadi yang bermakna parti ini tidak akan berjaya.

Difahamkan, Tun Mahathir turut menyampaikan hasrat untuk membuat kunjungan hormat kepada keluarga allahyarham yang dijadualkan pada Ahad ini iaitu pada hari yang sama Program Pelancaran Parti Bersatu di daerah Jasin akan berlangsung.

“Kita menolak kehadiran kumpulan ini di rumah Tan Sri kerana kami tahu ziarah yang akan dilakukan bukan bermotifkan sahabat tetapi lebih kepada mempopularkan kumpulan mereka dan lebih bermotifkan politik,” kata Osman.

Tambah Osman, Kelab N87 berharap agar Tun Mahathir membatalkan kunjung ziarah mereka kerana allahyarham merupakan seorang yang tegar sebagai ahli UMNO, pejuang yang mempertahankan kemerdekaan dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang oleh UMNO Malaysia.

1

“Untuk itu, kami menolak kerana kami tahu Tan Sri tidak suka langsung dengan kumpulan ini ataupun dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir dengan mengingkari dan menderhaka kepada parti,” ujarnya.

Jelas Osman, Kelab N87 merupakan pertubuhan yang sah dan mempunyai 500 keahlian di peringkat negeri Melaka dan ditubuhkan oleh sahabat-sahabat sezaman Datuk Seri Najib bin Abdul Razak semasa beliau menjadi Ketua Pemuda  UMNO Malaysia pada tahun 1987.

“Penubuhan ini bertujuan untuk membantu Najib mempertahankan kepimpinan Barisan Nasional dan membantu Najib menangani segala isu-isu dan fitnah yang dilemparkan pada masa lepas dan akan datang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Malaysiaaktif turut menerima pesanan ringkas daripada ahli keluarga allahyarham yang menghargai kunjungan yang ingin dilakukan.

Namun, isteri allahyarham, Puan Sri Maznah Lasim, 86, akan berada di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut untuk rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

 

-DZ

 

Tinggalkan komen anda