Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Guru Berperanan Murnikan Masyarakat Berbilang Bangsa

By 1 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 1 Okt (Malaysiaaktif) – “Kita sebagai guru bukan sahaja menjadi para pendidik di dalam kelas tetapi sebagai ‘game changer’ dalam mermurnikan masyarakat”.

Demikian menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam perasmian Program Kenduri Rakyat Guru Aktif 1Selangor di Sekolah Kebangsaan Parit Serong, hari ini.

“Sebagai contoh, Presiden Korea Selatan pada lewat tahun 60-an, Park Chung-hee telah membuat ‘game changer’ melalui guru di mana mereka bukan sahaja berada di dalam bilik darjah dan memajukan akademik malah telah mengangkat martabat bangsa melalui semangat ‘Saemaul Undong’ seterusnya mengubah wajah Korea Selatan”, kata beliau.

Cikgu Jumari Marto bersama keluarga untuk sesi bergambar dengan menteri. Beliau juga merupakan bekas guru kepada Tan Sri Noh Omar di SK Sg Burong pada tahun 1967 hingga 1970.

Cikgu Jumari Marto bersama keluarga untuk sesi bergambar dengan menteri. Beliau juga merupakan bekas guru kepada Tan Sri Noh Omar di SK Sg Burong pada tahun 1967 hingga 1970.

“Peranan Guru Aktif 1Selangor adalah memurnikan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum dalam membina negara bangsa” tambah beliau. Menurut beliau lagi, perpaduan adalah perkara utama dalam konteks kemurnian masyarakat Malaysia.

Beliau turut menyumbangkan dana bagi membina dewan terbuka untuk sekolah tersebut.

Pesara guru, Cikgu Laieque Ahmad Mohd Shabbin duduk di tengah bersama keluarga untuk sesi bergambar dengan menteri.

Pesara guru, Cikgu Laieque Ahmad Mohd Shabbin duduk di tengah bersama keluarga untuk sesi bergambar dengan menteri.

Guru Aktif 1Selangor telah ditubuhkan pada bulan Ogos lepas dan mempunyai seramai 150 guru sebagai ahli. Antara fungsi Guru Aktif 1Selangor ialah menyampaikan dasar dan pelan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut hadir, Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khir Mohd Yusof.

-DK

 

Tinggalkan komen anda