Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hentikan Rasuah, Tingkat Integriti-Suffian

By 9 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: ?Juhara Ali Omar (Sabah)

SEMPORNA, 9 Okt (Malaysiaktif) –Persatuan Angkatan Belia Hebat Semporna mengingatkan semua penjawat awam agar menghentikan perbuatan rasuah sebaliknya meningkatkan integriti sebagai amanah untuk mensejahterakan rakyat.

Menurut Pengerusi Persatuan Angkatan Belia Hebat Semporna merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia, Muhammad Suffian Penghulu Hindi, kejadian perlakuan rasuah oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Bekalan Air Sabah seharusnya tidak wajar berlaku.

“Kes seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kepada kakitangan awam sebagai pemegang amanah rakyat dengan salah guna kuasa dan lain-lain kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan terbabit.

“Selama enam tahun rakyat tertindas dan wang negara disalah guna untuk kepentingan peribadi.

“Peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan infrastruktur bekalan air kepada rakyat untuk rakyat menikmati setitis air untuk kehidupan tetapi tidak berlaku dengan baik kerana rasuah.

“Kita amat menghargai tindakan dan kerjasama kerajaan negeri dalam usaha membenteras perlakuan rasuan ini secara tidak langsung sebagai tanda sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)”, jelasnya ketika ditemu bual Malaysiaaktif semasa mengetuai Program Semporna Berselawat di Dataran Semarak, Jumaat malam.

image

Sementara itu, bagi pengunjung, Mariana Tahajuddin, 27, pelaksanaan program Semporna Berselawat sempena penganjuran Program Semarak Rakyat Komuniti 1 Malaysia di sini sememangnya amat dinanti-nantikan kerana program berunsur keagamaan seperti berselawat ini pertama kalinya diadakan.

Penganjuran program ini turut berjaya menarik seramai 500 belia seluruh Semporna untuk sama-sama memeriahkan sambil mengalunkan selawat, marhaban dan berqasida sebelum mengakhiri program dengan memohon doa keberkatan dan hidayah.

Dalam pada itu, bagi Farhanah Abdul Napis, 33, program ini menarik dan suatu yang baharu serta berjaya memberi penghayatan tentang Islam.

“Saya berharap, agar penganjuran konsert berkonsepkan dakwah seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi untuk belia di daerah ini”, katanya lagi.

SF

Tinggalkan komen anda