Skip to main content
HomeKelantanViral

Lebih Ramai Sukarelawan Penyelamat Diperlukan

By 12 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto : NorFadzlina Ahmad Fadzli (Gua Musang)
GUA MUSANG, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 3,000 sukarewan berdaftar dengan Angkatan Penyelamat Malaysia (APM) dan jumlah ini masih belum mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ketika bencana melanda.

Lebih 7 ribu sukarelawan diperlukan untuk

Lebih 7 ribu sukarelawan diperlukan untuk menampung keperluan ketika bencana

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, jumlah sukarelawan APM yang berdaftar masih kurang.

“Kini kita hanya ada 3,000 orang sukarelawan sedangkan kita memerlukan 10,000 orang dalam persediaan menghadapi kemungkinan bencana.

“Jumlah ini akan cuba digenapkan dengan kadar seberapa segera,” ucap beliau ketika merasmikan majlis Program Kesedaran Awam Menghadapi Banjir Gua Musang sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional di Pusat Sivik Gua Musang, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Sektor Operasi NADMA, Zaizal Azman, bulan Oktober telah dijadikan sebagai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional.

“NADMA telah merangka banyak program kesedaran bencana seperti Tabletop Bakun, Tabletop Exercise Lahad Datu, Tabletop Exercise Bencana Banjir Zon Pantai Timur dan yang terbaru adalah Tabletop Exercise Tsunami di Langkawi.

“Program ini diadakan bertujuan untuk memperlengkapkan dan menyiapsiagakan agensi pengurusan empangan, agensi penyelamat, agensi bantuan dan pemulihan, bermula dari Mac 2016 lagi,” ulas beliau.

Diantara pengisian acara ialah pameran daripada agensi-agensi yang terlibat dengan bencana, demostrasi penyelamatan mangsa oleh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia(SMART) dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pentunjukan video tragedi ‘Bah Kuning’ dan pertunjukan pentomin oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra (1).

Shahidan juga menyerahkan kunci Rumah Kekal Banjir (RKB) kepada 29 mangsa banjir di kawasan Bertam Baru, di sini.

 

-SH

Tinggalkan komen anda