Laporan dan foto : Robani Nabi Ahmad
KOTA BHARU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan sesi Taklimat umum hari ini untuk berkongsi aspirasi kerajaan dalam memastikan keterlibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kelantan dalam proses pembanguan negara.
Sesi yang dikendalikan oleh MITI dan SME Corp. Malaysia ini telah dihadiri oleh 1500 orang peserta ini bertujuan untuk berkongsi pandangan khususnya berkaitan PKS di negeri ini.
Selain itu, sesi taklimat umum ini juga dapat memberi peluang kepada kerajaan untuk mendekati penggiat PKS, seterusnya merangka dasar yang menggalakkan mereka untuk terus maju dalam ekonomi usahawan.
Menurut Pengusaha Restoran SPILLA, Azira, 33, sesi ini dapat memberi ruang dan peluang bagi ushawan berkongsi pandangan dan idea khususnya berkaitan PKS.
“Bagi memastikan usahawan bumiputera mampu bersaing di peringkat angtarabangsa, kami amat berharap agar kementerian akan melaksanakan pelbagai program bina upaya untuk memantapkan lagi golongan usahawan di Kelantan,” ujarnya.
Menurut seorang pengusaha pelamin dan andaman, Mohd Albasid, 35, sesi penerangan yang dijalankan cukup jelas.
“Kebanyakkan peserta mengetahui mengenai program-program yang dijalankan oleh pihak SME Corporation Malaysia (SME Corp), inisiatif dan bantuan yang diberikan kepada PKS kelantan oleh Agensi MITI,” jelasnya selepas sesi taklimat berakhir di Grand Riverview Hotel di sini.
Sesi taklimat umum ini dikendalikan Ketua Eksekutif SME Corp, Dr. Hafsah Hasyim.
-SH