Skip to main content
Berita TempatanSabah

758 Pekebun Kecil Terima Sijil Amalan Pertanian Baik

By 20 November 2016November 25th, 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, 20 Nov (Malaysiaktif) – Seramai 758 Pekebun Kecil yang berdaftar dengan Parlimen Silam menerima Sijil Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice-GAP) di seminar program Hello Komoditi di Dewan Tun Mustapha pada Sabtu.
Menurut penyelaras TUNAS Zon Sabah dua, Shakir Alid, penyertaan luar jangka daripada pekebun kecil pada program ini adalah di luar jangka.
“Kehadiran pelbagai agensi di bawah kementerian dilihat sebagai tarikan utama kepada penyertaan luar biasa daripada pekebun dan pengusaha ladang di daerah ini.
“Diharap semua pekebun dan pengusaha ladang dapat manfaatkan setiap maklumat yang dikongsi pada seminar berkenaan dan mengamalkannya dalam pengurusan sawit di ladang masing-masing.
“Pengurusan ladang sawit yang baik mampu memberikan pengeluaran hasil buah yang produktif seterusnya meningkatkan kualiti pada nilai sawit itu sendiri”, jelasnya  kepada Malaysiaktif selepas mengikuti seminar tersebut.

img_7243
Sementara itu. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata program ini memberi peluang kepada pekebun kecil di daerah ini meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap sektor komoditi ini.
“Penganjuran program ini amat baik kerana para pekebun kecil boleh berinteraksi secara terus dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).
Katanya lagi, para pekebun dan juga pengusaha ladang berpeluang menyertai seminar berkenaan skim bantuan yang disediakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta dapat melihat sendiri demonstrasi masakan berasaskan komoditi selain menyaksikan pameran dan jualan pelbagai produk dari agensi terbabit.
“Pada 2016, pendapatan eksport dan produk berasaskan komoditi bagi tempoh januari hingga september mencecah RM 88.2 billion.

img_7245
“Kementerian ini akan terus komited memacu pembangunan sektor komoditi negara ke arah yang lebih cemerlang dan merasa yakin sasaran pendapatan eksport produk komoditi berjumlah RM 242.6 di bawah Dasar Komoditi Negara akan tercapai menjelang tahun 2020”, katanya semasa merasmikan Program Hello Komoditi pada Sabtu.
Tambahnya, kerajaan memberi perhatian khusus kepada kemajuan sektor pekebun kecil ini dan melalui MPOB banyak skim kemudahan disediakan kepada pekebun dan pengusaha ladang seperti Skim Diskaun Cantas, Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit dan Skim Integrasi Ternakan dengan Sawit.
Nasrun yakin dengan bantuan yang disalurkan dapat meningkatkan produktiviti komoditi dan peruntukan belanjawan Negara 2017 berjumlah RM 250 juta merupakan insentif berterusan kerajaan kepada pekebun kecil getah yang berdaftar.
Program julung kali diadakan di daerah ini melibatkan semua agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) antaranya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Kenaf dan Tembakau dan Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB).

SF

Tinggalkan komen anda