Skip to main content
Berita TempatanSabah

TEKUN Bantu Jana Pendapatan Peniaga Kuih Cincin

By 9 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Abd Rahman (Sabah)

PAPAR, 9 Nov (Malaysiaktif) –
“Sehingga kini perniagaan kuih cincin kami mendapat bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sehingga RM20000 dengan pendapatan purata sebulan RM4000.

Demikian kata Sharifah Burut, 42, dari Kampung Lanas Kimanis yang merupakan salah seorang daripada 600 peserta yang menyertai
Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional di Dewan Masyarakat Papar pada Selasa.

Tambahnya, TEKUN merupakan istitusi kewangan yang banyak membantu memajukan perusahaan kami usahawan dan peniga kecil dari Papar dan Kimanis.

“Terima kasih atas bantuan dan latihan yang diberikan sehingga mampu menjana pendapat sedemikian,” ujar Sharifah lagi.

img_6622

Sementara itu, lebih RM5 juta pinjaman mudah TEKUN Nasional dimanfaatkan usahawan dan peniaga di daerah ini sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
?
Menurut Pengurus, TEKUN Nasional Sabah, Salim Abidin, sejak ditubuhkan pada 1998 dengan modal 150 juta, kini institusi itu menyediakan pinjaman mikro kepada lebih 300000 peniaga, dengan jumlah pinjaman melebihi RM3 bilion setahun.
?
“Selain mikro kredit, TEKUN turut menawarkan latihan keusahawanan kepada peniaga kecil. Kejayaan ini merupakan faktor utama kepada pengiktirafan yang diperoleh di peringkat antarabangsa kerana perkhidmatan kewangan yang mapan.

img_6623

“Institusi ini akan terus melaksanakan matlamat kerajaan membantu dalam pembangunan usahawan dan peniaga bumiputera,” katanya semasa merasmikan seminar tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata TEKUN Nasional diharap akan terus memberi makna kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara seterusnya dapat memberi masa depan yang cerah kepada para usahawan di sini.

Penganjuran program ini merupakan kerjasama antara TEKUN, TMnet serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Sabah.
?
SF

Tinggalkan komen anda