Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

KKMM Pandang Serius Liputan Telekomunikasi Pasir MAS

By 22 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Foto hiasan oleh Aziz A. Shariff

 

 Laporan dan foto oleh Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)

PASIR MAS, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) memandang serius dan akan memberi perhatian terhadap beberapa kawasan yang masih belum mendapat liputan telekomunikasi di jajahan ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Mazmalek Mohamad semasa merasmikan Program Menghubung Menyatu di Masjid Mukim Gabus, Chetok Pasir Mas, Kelantan.

Pembinaan pencawang telekomunikasi akan memanfaatkan 200,000 penduduk setempat

Pembinaan pencawang telekomunikasi akan memanfaatkan 200,000 penduduk setempat

 

“KKMM akan memberi perhatian dan pertimbangan terhadap beberapa permohonan bagi membina pencawang telekomunikasi di jajahan Pasir Mas dalam usaha meningkat dan memperkasakan capaian internet, liputan telefon pintar dan selular 3G.

“Antara kawasan yang memerlukan pembinaan pencawang telekomunikasi iaitu dua di DUN Tendong, dua di DUN Chetok dan satu di DUN Pengkalan Pasir. Pembinaan pencawang tersebut akan memberi kemudahan dan memanfaatkan 200,000 penduduk di jajahan ini, ujarnya lagi.

Sebelum merasmikan Program Menghubung Menyatu, Mazmalek terlebih dahulu melakukan aktiviti ziarah kasih di lima buah rumah golongan kurang berkemampuan dan menyampaikan sumbangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak, biskut dan sebagainya.

Mengulas mengenai program Menghubung Menyatu ini diadakan, Mazmalek berkata ia dilaksanakan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan agensi-agensi tempatan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Turut terlibat dalam program ini, Polis DiRaja Malaysia, Radio Televisyen Malaysia, Pasukan Bomba & Penyelamat, serta Hospital Pasir Mas, yang mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Pengunjung yang ditemui Siti Mariam, 59, berkata program ini baik dan memohon supaya KKMM memberi perhatian kepada masalah capaian sistem telekomunikasi di Kampung Gabus dan di seluruh kawasan Pasir Mas.

Seorang lagi penduduk, Nor Bainun Che Kamaruzaman, 33 menyatakan sebelum ini capaian internet dan liputan telefon pintar agar lembab dan berharap ia dapat diperbaiki.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah dan Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Parlimen (MPP) Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda